Sektor Jaminan Kualiti JPN Sarawak

Terus Menjulang Sarawak

Mesyuarat dan Taklimat Pelaksanaan MS ISO 9001:2008

27 dan 28 Januari 2014|PPD Kuching dan JPN Sarawak

SELAMAT HARI GURU

Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, July 29, 2015

Laporan Tahunan PPPM 2014

27 July 2015 Untuk Laporan Tahunan PPPM 2014, sila rujuk lampiran

Tuesday, July 28, 2015

Pengetua dan Kerajaan Mesti Bergerak Seiring

Pengetua diajak bersama kerajaan laksana dasar digubal demi kepentingan rakyat, masa depan negara
Oleh Jessica Jawing //


KUCHING: Pengetua sekolah diajak bersama  kerajaan melaksana segala dasar yang digubal demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, pengetua dan kerajaan mesti berdiri di saf yang sama, di atas satu hasrat dan landasan sama iaitu membawa negara ke mercu kegemilangan.
“Seperti pihak lain, pengetua juga kadangkala mempunyai pendapat dan pendirian peribadi terhadap sebarang dasar dan tindakan kerajaan.
“Dalam hal ini saya ingin menegaskan bahawa pengetua sebagai pelaksana dasar, perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam melaksanakan dasar yang digubal demi kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah sempena perasmikan Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS) Ke-50 2015 di sini, semalam.
Tambah Adenan, dalam menghadapi era globalisasi yang semakin kompetitif, para pengetua perlu menggembleng tenaga dan pemikiran untuk membina semula ciri-ciri pengurusan dan penampilan sebagai organisasi profesional.
Katanya ia sejajar dengan trend pengurusan masa kini yang memberi keutamaan kepada kepimpinan dan pengurusan sumber manusia yang berpaksikan kepada nilai-nilai pembaharuan dan kepantasan.
“Pada hemat saya, dalam konteks perubahan yang wujud dalam masyarakat hari ini, kepimpinan pendidikan perlu menekankan pentingnya penyesuaian dibuat sebagai respons kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat.
“Kepimpinan pendidikan perlu mempunyai keupayaan melakukan perubahan sosial yang membina, dengan mengenal pasti kelemahan dan seterusnya mengambil pendekatan strategik bagi menangani sebarang isu dan permasalahan,” tegasnya.
Mengenai persidangan yang diadakan, Adenan berharap semua pemimpin sekolah dapat berkongsi segala pengalaman dan kemahiran yang ada.
Beliau turut berharap pihak pemimpin sekolah turut tidak ketinggalan dalam dunia teknologi yang lebih produktif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti agar tidak ketinggalan dalam arus teknologi.
Sementara itu Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon dalam ucapannya berkata, melalui persidangan berkenaan pengetua akan didedahkan dengan pengurusan pendidikan terkini dan perkembangan semasa pendidikan di Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Persidangan kata beliau, menjadi wadah kepada pengetua dari seluruh negeri untuk bertukar pengetahuan dan pengalaman untuk dimanfaatkan sebagai pemimpin unggul di sekolah.
“Kita berharap pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah dapat membantu dalam melonjak pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya.
Hadir sama dua Menteri Pelancongan Datuk Gramong Juna dan Datuk Talib Zulpilip serta Naib Yang Dipertua Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Ibrahim Jamain.

CM to school principals: Implement govt policies well



KUCHING: School principals must diligently implement all relevant government policies in the interest of the people and country.
Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, who made the call, said he was aware that principals, like others, also have their own opinions and principles towards certain policy or action by the government.
“But I would like to emphasise that as policy implementers, principals must work together with the government to implement enacted government policies for the benefit of the people,” he said at the opening of the 50th Sarawak Secondary School Principals Education Management Conference here yesterday.
The text of his speech was read by Minister of Welfare, Women and Family Development Datuk Fatimah Abdullah. In facing today’s competitive world, Adenan pointed out that principals must also work together to reconstruct management features and appearances as professionals.
This, he said, was in line with the current management trends that gave priorities to leadership and human resource management based on the values of innovation and speed.
“In my opinion, in the context of the changes that exist in today’s society, education leadership must stress the importance of education adjustments in response to changes in the society.
“Education leadership must have the capabilities to carry out constructive social change by identifying weaknesses and then take strategic approaches to address any issue.”
Meanwhile, newly appointed State Education Department director, Rakayah Madon, said the conference would expose delegates to the latest education management and current development in education in Malaysia and the world.
“The four-day conference will serve as a platform for principals from throughout the state to exchange knowledge and experience for their benefit as leaders in their schools.
“We hope that principals, as instructional leaders in schools, can assist in taking the country’s education towards greater heights.”
Also present at the ceremony were Assistant Minister of Welfare Robert Lawson Chuat Vincent Entering, Assistant Ministers of Tourism Datuk Talip Zulpilip and Datuk Gramong Juna and Sarawak Secondary School Principals Association vice president Ibrahim Jamain.

Monday, July 27, 2015

Bilik darjah Frog bantu guru tangani cabaran - Utusan Malaysia, 29 Jun 2015

Bilik darjah Frog bantu guru tangani cabaran - Utusan Malaysia, 29 Jun 2015

TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG

Warga Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Haji Bidin bin Abas yang bertukar porfolio dari Ketua Sektor Jaminan Kualiti ke Ketua Sektor Pengurusan Sekolah menggantikan Hajah Freda binti Abdul Latif yang bersara wajib berkuatkuasa 25 Mei 2015. Seterusnya menalu-alukan kehadiran Encik Omar bin Haji Mahli sebagai Ketua Sektor Jaminan Kualiti yang baharu.